Tuesday 12 June 2012

Nota Ulangkaji Sains Tahun 4 Tumbuhan Membiak



PROSES HIDUP TUMBUHAN




Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 30-Mac-2012, saya masuk ke kelas tahun 4 untuk memulakan topik baru iaitu Tumbuhan Membiak.

Soalan diajukan kepada murid secara rawak
1) Siapa pernah menanam pokok? atau pokok bunga?
2) Bagaimana kamu tanam? Menggunakan apa? Biji? Batang atau apa?

Kebanyakan murid dapat menjawab dengan baik dan memberikan respon yang amat baik. Secara rawak 15 orang murid daripada 34 orang pernah menanam pokok dengan berbagai jenis.

Berikut, saya mahu kongsikan kepada semua mengenai Tumbuhan Membiak.

Lihat nota di bawah

Tumbuhan membiak kerana
Untuk memastikan kemandirian spesiesnya (untuk teruskan hidup dan tidak kehilangan spesiesnya/jenisnya)

Cara Tumbuhan membiak

Klik untuk baca lagi




(1) BIJI BENIH

Berikut merupakan beberapa contoh Pokok


Biji benih dalam paket untuk dijual                                  Biji benih pokok cili yang telah tumbuh dengan hasil.
Pokok tomato juga ditanam dengan biji benih.                Begitu juga dengan pokok rambutan.

(TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK MELALUI BIJI BENIH)
(Bunga biasanya menjadi buah yang mengandugi biji benih)
(Apabila ditanam, biji benih akan bercambah menjadi anak pokok)

Soalan: Nyatakan 5 lagi jenis tumbuhan yang membiak melalui biji benih.


(2) SPORA

Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora.

Contoh tumbuhan tidak berbunga 

Paku pakis


 LUMUT


ALGA



Kulat juga membiak melalui spora.

Contoh kulat ialah 
CENDAWAN



Spora di sebarkan melalui ANGIN.

Spora akan bercambah apabila jatuh ke atas TANAH yang berkeadaan SESUAI

Tanah yang sesuai seperti mempunyai HUMUS dan AIR yang mencukupi dan SUHU yang sesuai.

Lihat gambar di bawah 
(Kapsul spora di permukaan bawah daun)



Uji minda!

Adakah tumbuhan yang tumbuh di atas sekeping roti (lama) merupakan tumbuhan pembiakan spora?




Melalui DAUN
-Contoh tumbuhan yang membiak melalui daun ialah

POKOK BEGONIA


POKOK SETAWAR

(Apabila daun jatuh ke tanah, tunas yang berada di bahagian daun akan tumbuh menjadi anak pokok)


Melalui KERATAN BATANG
-Sebahagian daripada batang tumbuhan dipotong daripada induknya dan ditanam di dalam tanah.

Contoh tumbuhan yang membiak melalui keratan batang ialah


BUNGA RAYA

POKOK TEBU


POKOK UBI KAYU 

(Keratan batang adalah satu contoh pembiakan buatan)



MELALUI BATANG BAWAH TANAH
-Bawang bawah tanah mempunyai tunas
-Tunas akan tumbuh menjadi anak pokok
-Batang bawah tanah mengandungi makanan simpanan
-Makanan itu untuk tunas yang hendak tumbuh

Contoh tumbuhan yang membiak melalui batang bawah tanah ialah

POKOK BAWANG

POKOK HALIA


POKOK KUNYIT



MELALUI SULUR
- Sulur ialah PUCUK yang tumbuh dari batang bawah tanah
-ANAK-anak pokok tumbuh di sekeliling pokok induk

Contoh pokok yang membiak melalui SULUR ialah

POKOK BULUH

POKOK KELADI

POKOK NANAS


POKOK PISANG 

Haiwan Melindungi Diri


Haiwan Melindungi Diri - Sains Tahun 4

Pada minggu hadapan, kita akan belajar tajuk baru iaitu HAIWAN MELINDUNGI DIRI.

Beberapa ciri khas haiwan yang perlu diketahui ialah

1. BAU BUSUK


Haiwan ini mengeluarkan bau busuk dan kuat untuk menghalau musuhnya


Kumbang


Lipas


Pijat-pijat


Skunk



KLIK DIBAWAH UNTUK BACA LAGI.....



2. SENGAT


Sengat yang beracun boleh melemahkan musuh.
Sengat juga digunakan untuk mempertahankan diri.


Contoh haiwan ialah

Kala jengking


Lebah



Lipan




3. TARING

-Ular mempunyai taring yang beracun


Ular mengeluarkan bisa apabila menggigit musuh



4. DURI TAJAM

-Binatang yang mempunyai banyak duri di badan


-Duri ini boleh mencederakan musuh

Contoh haiwan ialah

IKAN BUNTAL





LANDAK


5. PENYAMARAN

6. SISIK KERAS 

7. BULU TEBAL

8. CANGKERANG KERAS

9. TANDUK TAJAM DAN KUAT

10. BERKAKI PANJANG DAN BEROTOT KUAT

11. KUKU TAJAM

12. PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN YANG BAIK

Perubahan Keadaan Bahan


Perubahan Keadaan Bahan

RANCANGAN PENGAJARAN

Bilangan Murid : 38 orang
Masa : 60 minit
Tema : Menyiasat Alam Bahan

Objektif Pembelajaran :
1.2 Memahami bahawa bahan boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Hasil Pembelajaran :
1.2.1 Menyatakan bahawa air boleh berubah bentuk.
1.2.2 Membuat kesimpulan bahawa air wujud dalam tiga keadaan.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :
1. Murid pernah melihat perubahan ketulan ais yang mencair apabila dibiarkan terdedah 
    kepada persekitaran.

Kemahiran Proses Sains :
Memerhati
Meramal
Membuat Inferens
Mengeksperimen
Mengelas
Membuat Hipotesis

Kemahiran Manipulatif Sains :
Menggunakan alat dengan cara yang betul
Membasuh alat 
Menyimpan alat
Menyusun alat

Nilai Murni :
Bertanggungjawab
Bekerjasama
Berminat
Mensyukuri nikmat Tuhan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Bikar 500 ml
Kiub ais
Penunu Bunsen
Kaki retort
Kasa dawai
Jubin

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menunjukkan beberapa ketulan ais yang diisi di dalam sebuah bikar.
2. Guru meletakkan bikar tersebut di luar Bilik Sains selama 2 minit.
3. Guru meminta murid memerhati apa yang terjadi ke atas ketulan ais tadi.
Pencetusan Idea (10 minit)
1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan topik yang akan dipelajari pada hari   ini selepas murid memberi respon kepada soalan yang diberikan oleh guru.
2. Guru mengaitkan aktiviti yang telah dijalankan dengan topik yang akan dipelajari oleh murid.
3. Guru menerangkan bahawa air mengalami beberapa proses semasa perubahan bentuk berlaku.
Aplikasi Idea (25 minit)
1. Guru menyediakan radas untuk menjalankan eksperimen.
2. Guru meminta murid memerhati setiap perubahan yang berlaku ke atas bahan, daripada pepejal berubah kepada cecair dan seterusnya kepada gas.
3. Guru menekankan tentang perlunya mematuhi arahan semasa menjalankan eksperimen bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin.

4. Murid menjalankan eksperimen setelah menerima arahan daripada guru.
5. Murid memerhati setiap perubahan bentuk yang berlaku sepanjang eksperimen dijalankan.

6. Murid membuat inferens berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.
    Pengukuhan Idea (15 minit)
    1. Guru meminta murid membuat satu gambar rajah bagi menunjukkan perubahan  yang terlibat semasa eksperimen dijalankan.
    2. Guru mengedarkan lembaran kerja bagi menguji tahap kefahaman  murid terhadap eksperimen yang dijalankan oleh mereka.

      

    3. Murid membina gambar rajah perubahan bentuk bahan yang terlibat di atas kertas A4.
    4. Murid membentangkan di hadapan kelas.

    5. Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

    Kesimpulan (5 minit)

    1. Guru membuat kesimpulan ke atas pelajaran pada hari ini.
    2. Murid memberikan inferens mereka berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh mereka.
     

    Mari menjelajah bersama kami!!!!



    Sila perhatikan gambar di bawah ini...

    Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya semua minuman ini dibiarkan di atas meja selama beberapa minit...





    Mencungkil pengetahuan sedia ada murid... 




    PENCETUSAN IDEA
    




     Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan permerhatian mereka semasa set induksi...

    Contoh soalan :

    1. Apakah yang terjadi kepada ketulan ais?

    2. Mengapa ais menjadi air?

    APLIKASI IDEA

    Mari kita buktikan bersama...

    Apakah yang menyebabkan ais berubah kepada pelbagai keadaan...














    Proses menjalankan eksperimen...

    Murid membuat pemerhatian sepanjang eksperimen dijalankan.




    PENGUKUHAN IDEA


    ketulan ais


    air


    gas

    Mengaplikasikan idea daripada pemerhatian...

     
     Carta Alir Perubahan Bentuk Bahan













    Murid menjawab soalan di dalam buku latihan dan dincangkan di dalam kelas.


    KESIMPULAN




    Guru membuat kesimpulan kepada pengajaran pada hari ini.

    Murid membuat inferens berdasarkan daripada pembelajaran mereka.

    contoh jawapan murid:

     Air boleh berubah bentuk dan keadaannya kerana dikenakan haba...